Kalkulator Pinjaman Perumahan (Bank)
Kalkulator pinjaman perumahan ini membantu anda mengira anggaran bayaran bulanan pinjaman rumah daripada bank. Masukkan harga rumah, deposit, kadar dan tempoh — keputusan dipaparkan serta-merta.
Anggaran bayaran bulanan
—
- Jumlah pembiayaan
- —
- Deposit
- —
- Jumlah faedah
- —
- Jumlah bayaran keseluruhan
- —
Anggaran sahaja. Kadar sebenar, kelayakan dan tempoh bergantung kepada bank dan profil kewangan anda.
Cara menggunakan kalkulator ini
- Harga rumah — harga jualan rumah.
- Deposit (%) — wang pendahuluan yang anda bayar sendiri. Ramai pembeli membayar 10%.
- Kadar faedah / keuntungan — kadar setahun daripada bank (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik). Tanya bank anda untuk kadar semasa.
- Tempoh — tahun bayaran balik, biasanya sehingga 35 tahun bergantung pada umur dan bank.
Selain bayaran bulanan, sediakan juga kos ini
- Deposit
- Yuran guaman perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman
- Duti setem — pembeli rumah pertama warganegara Malaysia mungkin layak pengecualian bagi rumah sehingga RM500,000. Lihat Kos Sebenar Beli Rumah
- Insurans/takaful rumah dan pinjaman (MRTA/MRTT)
- Yuran penilaian
Butiran penuh: Kos Sebenar Beli Rumah.
Langkah seterusnya
- Pembeli rumah pertama? Baca Panduan Beli Rumah Pertama.
- Penjawat awam? Cuba Kalkulator LPPSA.
- Sudah tahu bajet? Lihat rumah untuk dijual atau minta saya carikan.
Soalan lazim
Berapa gaji yang diperlukan untuk beli rumah RM300,000?
Ia bergantung pada komitmen hutang sedia ada dan polisi bank. Kira bayaran bulanan dahulu, kemudian tanya bank tentang kelayakan anda.
Adakah keputusan ini sama dengan tawaran bank?
Tidak semestinya. Kalkulator memberi anggaran; kadar dan terma sebenar ditentukan oleh bank.
Apakah kaedah pengiraan yang digunakan?
Ansuran tetap atas baki berkurangan bulanan — kaedah biasa bagi pinjaman perumahan.