Jual Rumah Anda Bersama Ejen Berdaftar
Ada rumah untuk dijual di Kemaman, Dungun, Kuantan, Tanah Merah, Machang atau Kuala Krai? Saya boleh bantu pasarkan rumah anda kepada pembeli yang serius — dengan gambar yang menarik, harga yang realistik dan urusan yang teratur.
Apa yang saya bantu
- Cadangan harga jualan berdasarkan rumah yang serupa di kawasan anda.
- Gambar dan video rumah yang kemas untuk iklan.
- Iklan di website ini dan media sosial saya (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube, Threads).
- Tapis pembeli — saya semak kelayakan pembiayaan sebelum membawa lawatan.
- Bantu urusan hingga perjanjian jual beli dan serahan kunci.
Proses 4 langkah
- Isi borang di bawah.
- Saya hubungi anda untuk temu janji melihat rumah.
- Kita setuju harga dan terma — termasuk yuran ejen yang dimeterai secara bertulis.
- Rumah dipasarkan — anda dimaklumkan tentang setiap pertanyaan dan lawatan.
Soalan lazim
Berapa yuran ejen?
Yuran ejen tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Lembaga Penilai dan akan diterangkan secara bertulis sebelum anda bersetuju.
Rumah saya masih ada pinjaman bank. Boleh dijual?
Boleh. Baki pinjaman biasanya dijelaskan menggunakan wang jualan melalui peguam. Saya akan terangkan prosesnya.
Saya tinggal jauh dari rumah yang mahu dijual.
Tidak menjadi masalah. Kita boleh berurusan melalui WhatsApp dan panggilan video, dan saya uruskan lawatan pembeli.